(^.^)

Hye


counters

Sunday, 20 April 2014

Lama dah x update arie nie saya bagi panjang panjang cikit...
Ini mungkin penting untuk pengetahuan kita...
Tajuknya ialah..:

BERSIN

              Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.

               
            Bersin merupakan tindak balas penyesuaian kerana ia menyingkir hingus yang mengandungi zarah atau gangguan asing dan membersihkan rongga hidung. Semasa bersin, lelangit ("palate") lembut dan uvula lendut sementara belakang lidah menaik bagi menutup separa laluan ke mulut agar udara yang disingkirkan dari paru-paru boleh dikeluarkan melalui hidung. Oleh kerana penutupan muluh adalah separa, sejumlah besar udara ini biasanya turut dikeluarkan melalui mulut. Kekuatan dan tahap penyingkiran udara melalui hidung berbeza.

     
 

                Bersin biasanya berlaku apabila zarah asing atau pencetus luaran yang mencukupi melalui bulu hidung untuk sampai ke hingus hidung. Ini mencetus pengeluaranhistamine, yang mengganggu sel saraf dalam hidung, menyebabkan isyarat dihantar ke otak bagi memulakan bersin melalui jaringan saraf trigeminal. Otak kemudian mengaitkan isyarat awal ini, mengaktifkan otot pharynx dan trakheal dan membuka luas rongga hidung dan mulut, menyebabkan pembebasan udara dan zarah biologi yang kuat. Kekuatan semulajadi bersin dikaitkan dengan pembabitan pelbagai organ pada bahagian atas badan – ia adalah tindak balas reflek yang membabitkan otot muka, kerongkong dan dada.
          
          Bersin juga boleh dicetus oleh penggalak saraf hidung yang disebabkan oleh jangkitan hidung dan alahan.Selain zarah asing yang mengganggu, alahan atau penyakit yang mungkin, satu lagi pencetus adalah pendedahan mengejut kepada cahaya terang - satu keadaan yang dikenali sebagai reflek bersin photik ("cahaya").
            
            Pencetus yang lebih jarang, dilihat pada sesetengah individu, adalah perut yang penuh selepas banyak makan. Ini dikenali sebagai snatiation dan dianggap kecacatan perubatan yang diwarisi secara genetik sebagai kecenderungan dominan autosomal.
            
              Bersin tidak boleh berlaku semasa tidur disebabkan REM atonia - keadaan badan di mana motor neuron tidak dirangsang dan isyarat tindak balas tidak dihantar ke otak. Penggalak luaran yang mencukupi, bagaimanapun, mungkin menyebabkan seseorang sedar dari tidur untuk bersin, sungguhpun sebarang bersin yang berlaku selepas itu hanya berlaku dengan keadaan minimanya separa sedar.

Itu saja lah yang saya boleh beritahu ....
k selamat tinggal....
                                                                                                         sumber - Wikipedia


No comments:

Post a Comment